Reboot
Posted by isare at 1:04 AM 0 comments
Labels: mylife
Antara waktu yg aku suka ialah bila tima balik kampung dan singgah di rumah sepupu aku. Dia nie memang pencinta binatang terutamanya burung dan ayam sabung.
Waktu cuti hujung tahun lepas, aku sempat balik kampung sehari. Kena la pula time tu musim rambutan. Sambil2 dok jadi "monyet" atas pokok makan rambutan, aku nampak yg sekor ayam nie lain dari yg lain.
Badan kurus. Kaki tinggi. Kecil tegap dan yang paling ketara, pakai "subang".
Terus la aku turun dari kereta dan amik kamera. Sambil dok terbongkok2 di bawah pokok rambutan, aku snap gambar dia. Tapi banyak yang tak jadi sebab dia dok asyik lari ja.
Antara banyak2 yg tak menjadi, ini saja la yg selepas edit dan sesuai untuk upload.
Sedap ni kalau buat goreng. Teringat makan burung ruak-ruak dulu. Perghh...sedap sehingga menjilat kaki ayam goreng.
Ayam Hutan. "Subang" yang di maksudkan tu adalah tompok putih di tepi kepala. |
Posted by isare at 8:45 PM 1 comments
Sambungan dari sebelum ni.
Untuk sampai ke kawasan bombon @ tagal ni bukan mudah. Kena jalan kaki minimum 45 minit sambil panjat bukit, turun bukit, ikut denai dan redah hutan.
Denai |
Jauh aku kena tinggal dengan org kampung. Aku jalan slow. Rasa mcm nak pecah jantung aku time nie |
Dorang rilek ja walaupun jalan jauh. Aku dah biru muka separuh nyawa. |
Otai in action |
Otai lagi |
Hasil tangkapan |
Nasi putih + sup tarap + sardin + pucuk paku = NIKMAT DUNIA!!!! |
Projek Secret |
Tak pasti samada tolipus @ tolidus. |
Posted by isare at 8:45 PM 5 comments
Selain daripada memburu antara aktiviti yg menjadi kebiasaan adalah memanah ikan. Boleh di lakukan pada bila2 masa, tapi biasanya lebih mudah pada waktu malam sebab ikan kurang aktif ( tido kot ).
Untuk menjadi seorang pemanah ikan yang hebat, berikut adalah kriteria yang perlu di penuhi:
1. Pandai berenang ( wajib, karang tak pasal2 ada yg lemas )
2. Boleh menahan nafas dengan lama.
3. Mata yang baik. ( kalau rabun, tak pasal2 kaki kawan kena panah )
4. Tahan sejuk. ( 1- 3 jam dalam air sungai yg sejuk tahap gaban )
5. Boleh jalan jauh. ( untuk sampai ke lokasi ni, kena jalan minimum 45 minit )
Walaupun aku ada lesen untuk diving dan boleh snorkeling tanpa pakai life jacket, tapi bila berada di dalam sungai, aku terus jadi ragu2 dengan kebolehan untuk terapung ( walaupun perut bulat mcm pelampung ).
Jadi sepanjang masa aku jadi penonton jak la dan juga tukang sikut ( galas ) barang.
Kadang2 jeles ni tengok bebudak nie dengan muka penuh bangga bawak naik ikan besar2. Tapi aku balas dendam dengan makan ikan tu. Hahaha. ( perlu banyak tenaga untuk sikut barang )
Posing bersama hasil |
Ikan Kelah a.k.a Garap ( Bahasa Dusun ) |
Posted by isare at 11:38 AM 0 comments
Dah terlajak ke bulan Febuari dan lagi 3 hari genap setahun aku tak update blog nie. Azam tahun nie nak rajin2 update dan upload gambar2 baru.
Dah makin kurang idea sekarang ni untuk upload. Sebabnya benda yg nak aku sharekan pun dah tak menarik pasal dulu. Takkan nak komen pasal shopping mall, yg mana aku berani potong KUKU yg korang yg membaca pun rasa loya anak tekak.
Penghujung 2012 sewaktu majlis hari terakhir persekolahan di SK Kawiyan, aku sempat masuk ke sana dan ambil gambar kenang-kenangan, 5 hari aku di sana. Sepanjang masa tu banyak habis masa di sungai dan tolong2 cikgu2 yg lain untuk buat persediaan.
Berita Baik!!! Kawiyan dah dapat line telefon. Maxis dan 2 bar :) sekurang2 perkembangan positif. Harap2 dalam 2 tahun lagi ada la 3G kat area sana. Boleh la bebudak tu merasa guna internet. Takde la dorang kena membayang macam mana internet atas papan putih tu je macam waktu aku mengajar dulu.
Kat bawah ni aku bagi tengok2 dulu sebelum aku postkan story di sebalik semua nie.
Salah Satu Sungai Di Kawasan Kawiyan |
Ambil bambu + ikat guna rotan = Rakit |
Posted by isare at 10:01 PM 0 comments
Mungkin tak ramai yang tahun bagaimana kehidupan seorang nelayan kecil-kecilan. Mungkin ada yg berpendapat yg dia hanya keluar ke laut sambil melabuh pukat dan mendapat tangkapan.
Tapi hidup kadang kala tak seindah dan semudah yg kita bayangkan.
9 Feb 2012 yg lepas aku berkesempatan ikut sepupu aku turun ke laut. Sepupu aku nie Fadli namanya dan dah menjadi nelayan semenjak dari berumur 13 tahun. Bermula dari menolong pakcik aku menjaga kerang di Kuala Juru, dia mula menjadi nelayan secara sampingan sehinggalah tamat sekolah yg mana dia ambil keputusan untuk jadi nelayan sepenuh masa.
Dia ni adalah antara sepupu aku yang rapat dan satu kepala. Kami bersunat dulu pun sekali sampaikan waktu dalam tempoh "kecederaan" tu pun kami di sebelah katil. Hahaha. Kenangan hidup mati.
Kami bertolak dari rumah jam 12.03am menaiki bot gentian kaca dengan enjin Yamaha 40 kuasa kuda. Memandangkan keadaan gelap gelita dengan kiri kanan cuma hutan bakau, jadi kami pun bawak bot tu "slow and steady".
Sampai ja di kawasan laut lepas dan dalam sedikit, kami pun merempit la dengan jayanya menuju ke bawah jambatan Pulau Pinang di tiang 103 yg mana sepupu aku ada letak bubu. Untuk menarik bubu yg di dasar laut, pencakuk yg ala2 macam ninja selalu guna untuk panjat tembok tinggi di perlukan. Ikat tali pada pencakuk tu dan tarik sehingga la tersangkut pada tali bubu. Tenaga tulang 4 kerat di perlukan untuk menarik bubu tu naik ke permukaan.
Posted by isare at 11:07 PM 5 comments
Labels: mylife
Dalam post aku sebelum nie aku ada sebut berkenaan dengan mini petrol station yg penjaga dia cuma bebudak.
Tapi ada satu hari waktu aku nak balik dari kerja, aku ternampak ada budak yg lebih muda dari yg dulu. Walaupun minyak aku masih lagi lebih dari setengah tangki, tapi di sebabkan aku rasa yg benda nie menarik, jadi aku pun berhenti dan minta isi juga sebotol minyak.
Hargailah dengan apa yg kita ada sebab ada yg lebih susah dari kita.
Posted by isare at 12:12 AM 3 comments
© Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP