Monday, January 30, 2012

REZEKI 2 | MYLIFE | ERTIHIDUP

REZEKI.

Pelbagai cara manusia mencari rezeki. Ada yg bekerja banting tulang dan ada juga yg bayar upah dan minta orang lain yg buatkan.

Ada juga manusia yg kadangkala memilih jalan mudah untuk mencari "rezeki". Kebiasaanya, jalan mudah nie adalah perkara yang tidak baik. Contoh yang paling senang yg terjadi kat diri aku hari nie adalah, helmet aku kena curi. Umur helmet tu dah 2 tahun lebih, dah lunyai dah pun. Tapi ada juga manusia yg nak mencuri.

Antara contoh lain selain mencuri adalah rasuah. Sebab tu orang yg terima rasuah ni, tak pandai berhenti. Walaupun gaji dah besar, tapi masih lagi dok terima rasuah. Dan paling menyedihkan, bagi anak dan bini makan duit rasuah. Pastu bila anak perangai tak macam manusia, salahkan cikgu di sekolah. Bila cikgu marah anak, mak bapak turun marah cikgu balik.

Kesimpulan kat sini adalah, KEBERKATAN untuk rezeki itu adalah sangat penting.


Duit haram ni takkan pernah cukup.

Antara perkara yang aku kagum dengan pendatang tanpa izin ( yg tak buat jenayah la ) adalah semangat survival dorang. Sanggup kerja lebih dari 12 jam untuk mencari rezeki. Gaji seorang graduat Universiti yg ada ijazah mampu untuk menggaji 3 orang pendatang tanpa izin. Walaupun kerja tu kotor dan berat, dorang tak da masalah untuk buat semua tu.

Tak cukup dengan tu, anak2 turut tolong mak dan bapak dorang cari kerja. Apa yang boleh hasilkan duit, dorang akan buat walaupun kenkadang benda tu agak merbahaya.

Tak macam orang di negara kita sendiri, berapa kerat la sangat yg sanggup untuk kerjakan tanah di kampung tu bila dah ada Ijazah. Sanggup menganggur daripada kerja di ladang. Lepas tu salahkan pihak lain bila takde kerja.

Rezeki kena di cari dan takkan rezeki datang menghadap kita.

Ini adalah gambar yg aku ambil waktu nak pergi ke pejabat tempoh hari. Walaupun tengah panas terik lebih kurang dalam jam 1.00 pm, bebudak nie dengan selamba ja duduk di atas perahu sambil memancing.

Kalau aku kat tempat dorang, confirm dah kena heat stroke.

Syukur la dengan apa yang aku ada walaupun tak mewah sampai boleh beli G6, moga2 di tambahkan rezeki di masa akan datang. Amin..



0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP