Tuesday, August 10, 2010

Masuk Kawiyan - 9 Ogos 2010 | Mylife | ertihidup



Mujur la hari nie satelit xde wat hal mcm semalam, walaupun line slow, tapi masih juga dapat online. Ini aku story apa yang jadi masa hari Isnin masa kami nak masuk ke Kawiyan.


Aku dan Cikgu Hisam bertolak dari KK ke Ranau dalam jam 4.00am. Mujur la sepanjang perjalanan kami tu, xde hujan ataupun kabus tebal. Kami tiba di Bongkut, Ranau kul 5.45am, Cikgu Shahril dah pun ada di sana. Kami pun pindahkan semua barang-barang( makanan, pakaian, stok air) semua ke dalam kereta Cikgu Shahril. Turut ikut dalam kereta tu, Cikgu Alick, dan Jilin. Selesai ja semua tu, kami pun teruskan perjalanan ke Kawiyan. Sepanjang perjalanan tu, kami berborak ja. Macam2 topik, dari aktiviti time cuti, planning hari raya nanti, puasa dan macam2 lagi. Apa yang terlintas, semua jadi topik, haha, tujuannya supaya perjalanan 1jam 30minit ikut jalan balak tak terasa jauh.

Tetiba nampak kereta Cikgu Rodney di tengah2 jalan. Kami pun turun tengok. Rupa2nya enjin OVERHEAT. Sempat la juga kami melepak di sana dalam 15 minit gitu sementara tunggu enjin sejuk. Ini adalah antara dilema yang di hadapi oleh CIkgu2 di SK Kawiyan. Ada juga yang pernah berjalan kami berkilo2 meter ke sekolah disebabkan kereta rosak di tengah2 hutan. Pernah juga dorang terpaksa meniti di atas kayu balak di sebabkan jambatan rosak. Pernah juga kereta tersangkut di dalam lumpur sehingga memakan masa sehari suntuk untuk di keluarkan. Ada yang kereta di hanyutkan air masa menyeberang sungai masa banjir. Macam mana la dugaan, yang kalau nak diceritakan mungkin penuh satu muka surat.

Tapi dorang tak pernah jadikan itu sebagai alasan untuk tidak datang ke sekolah. Terus terang aku kagum semangat dorang.

Hari nie, aku tak sabar tunggu berita samada esok puasa atau tidak. Selamat berpuasa.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP