Sunday, August 8, 2010

SK Kawiyan Sugut Sekolahku | MyLife | ertihidup


Ini adalah sekitar kawasan sekolah aku, SK Kawiyan Sugut. Terletak di Zon Ulu Sugut Ranau, sekolah ini di kategorikan sebagai sekolah pedalaman dengan jumlah murid seramai 222 orang dan juga jumlah guru beserta kakitangan bukan mengajar berjumlah 22 orang.

Untuk sampai ke sekolah aku, kena melalui perjalanan sejauh 123KM dari Kota Kinabalu ke Ranau memakan masa lebih kurang 1jam 30minit. Selepas tu perlu mengikuti jalan pembalakkan sejauh 58KM dengan keadaan jalan yang hanya sesuai untuk kenderaan pacuan 4 roda. Walaupun perodua Kembara adalah pacuan 4 roda jugak, tapi better pikir 4 5 6 ratus kali dulu. Perjalanan ini pula mengambil masa 1jam 30minit juga, tetapi ini cuma bila musim kemarau di mana keadaan jalan adalah kering. Buat masa sekarang, rekod perjalanan paling lama pernah aku ambil untuk sampai ke sekolah ada selama 6 JAM, yang mana keadaan jalan pada waktu tu, becak abis seperti bubuk McD.

Sekolah nie juga di kategorikan sebagai sekolah tahap 3 - TIADA bekalan air paip, TIADA talian telefon dan juga TIADA bekalan elektrik. Mujurla waktu aku sampai di sekolah nie, dah ada solar hibrid. Dapat la juga merasa perkhidmatan elektrik walaupun bukan 24 jam. Orang kampung pula, kebanyakkannya, bergelap bila matahari dah terbenam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP