Sunday, August 15, 2010

Tassu A.K.A Anjing | Animal | ertihidup



Tassu bermaksud anjing. Di Kawiyan, selain di jadikan teman tuk berburu, jalan2 dalam hutan dan menjaga rumah, anjing di Kawiyan ada kelebihan dia yang tersendiri berbanding anjing2 di bandar yang suka mengejar dan menggigit orang di samping cekap sekali menyelongkar tong sampah.

Macam gambar di atas, anjing nie di tugas tuk menjaga buah2han di pondok tu kalau2 ada tupai ataupun musang datang projek buah tu nnt. Tuan dia ada tidak jauh dari kawasan nie.

Masa kami nak keluar, beginila keadaan gerai2 org kampung yang menjual buah-buahan dorang di tengah hutan. Kalau rumah dorang berdekatan, kita cuma perlu honk ja. Dorang akan datang.

Ada juga yang sediakan tabung, jadi kita pilih je yg mana tompok buah yg kita nak, pastu masukkan je duit lam tabung tuh. Biasanya dorang dah letak tanda harga siap2.

Yg macam beg tu, itu la berait yg aku cakap dalam post yg sebelum nie.

Jarang la dengar kes orang curi buah, sbb nya di sini masih lagi mempercayai, sekiranya kita makan buah yg kita curi, kita akan sakit perut.

9 comments:

M a W a D D a H August 15, 2010 at 11:10 PM  

yer la..dah curi..mesti la kene penyakit..hehe

isare August 15, 2010 at 11:32 PM  

kena sumpahan..hahaha

Aniza August 15, 2010 at 11:33 PM  

salam..

entry dalam blog ni semuanya menarik. kelakar pun ye juga...kalau sakit perut tak jadilah orang mencuri... =)

amira August 15, 2010 at 11:35 PM  

actually,, ni kat mana... i mean Kawiyan ni kat Sarawak ke Sabah?

isare August 15, 2010 at 11:47 PM  

@aniza - salam..tenkiu..
@amira - Kawiyan tu salah sebuah daerah di Zon Ulu Sugut, Ranau, Sabah.

Sharif Asri Sharif Al-am August 16, 2010 at 10:26 AM  

jenis durian faveret ni. tp sebelum makan jgn lupa samak dulu ya

L Y N August 16, 2010 at 1:44 PM  

oh.. haha, durian kat sabah sedap x? berlemak x? ade beza tak dengan semenanjung?

Tomato Gurl's Life August 16, 2010 at 5:39 PM  

menarik...jgn lupa samak..hehe..

isare August 20, 2010 at 5:40 AM  

@Sharif n Tomato - yakin yg anjing tu takut ngan duri..so xkena..haha
@LYN - kalau yg gred D24, itu sama je..tapi sni yg best adalah durian hutan, saiz besar sket dari bola tennis, ada 2 3 ulas je.tapi sedap abis..smpi jilat kulit durian ohh..hehehe

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP