Wednesday, August 25, 2010

Kelas komputer | mylife | ertihidup


Tugas aku sebagai Fasilitator Schoolnet antara salah satunya ialah mendedahkan komputer kepada pelajar2. Di sini, budak2 nie cuma pernah tengok laptop cikgu2 je. xde yg ada komputer di Kawiyan nie. 

Tak macam di bandar yg bebudaknya dah ADVANCE, bebudak di sini masih lagi ketinggalan. Walaupun PC aku ni slow tahap dewa, tapi dorang tetap kagum. hahaha. itu yang membuatkan aku seronok mengajar dorang, sbb semua SANGAT berminat.

Waktu gambar nie di ambil, masa tu tgh puasa dan cuaca panas tahap membunuh, jadi aku terlalu penat untuk bercakap, jadi apa yg aku buat ialah, aku buat tayangan berkenaan dengan masyarakat orang asli di benua Amerika dulu. Bulat je mata sorang2 tengok.

Biasanya aku ajar dorang tentang fungsi2 komputer, apa itu tetikus, apa itu keyboard dan macam2 lagi termasuk internet(secara teori)

Pernah masa memula dulu aku tanya,

"Kalau bentuk tetikus nie macam katak, apa yg kita panggil dia?"

Dan dengan bangganya satu kelas menjawab, KEKATAK !!!!!   

Mau biru jugak muka aku terkejut, tapi lepas tu aku xplain dengan dorang yg walaupun bentuk tetikus tuk mcam beruang sekali pun, masih lagi ia di panggil tetikus. 

Sekarang kebanyakkan dah mahir guna tetikus dan keyboard walaupun kenkadang slow bila menaip. Xpa la, permulaan. Harap2 kontrak aku kena sambung supaya aku leh terus mengajar dorang. Amin.

9 comments:

PjahFzah August 25, 2010 at 7:14 AM  

haha..bijak.. kekatak..beberuang..wakaka~~

ct blog August 25, 2010 at 9:15 AM  

cantik nyer pic....x leh nak copy erk...???

Unknown August 25, 2010 at 1:43 PM  

haha!sies sgt ramai kelas tuh! haha..comel nye..kekatak!

Shiezan Laksa August 25, 2010 at 7:36 PM  

hihi..teruskan usahamu izha..!!.. hidup FS..

isare August 25, 2010 at 7:47 PM  

@hifazphat - haha..bila ingat balik, memang lucu la.

@ct blog - buat masa sekarang, sy tak release mana2 gambar yg sy amik. kalau tak keberatan, sila linkkan dengan blog sy..tenkiu.

@chempaka - memang ramai. hehe. tp itu je yg terdaya buat masa sekarang.

@sufyan - tenkiu. kalau di sambung kontrak, maka ada la harapan tuk trus fight untuk sekolah nie. hopefully jurang antara bebudak pedalaman dan bandar makin rapat. Dorang pun layak tuk nikmati semua tu. Semoga di sambung kontrak. Amin :D

Tuan Tanah August 27, 2010 at 8:09 PM  

Amin,seronok tgk gambar dalam blog ni..
terasa mcm nak jd cekgu plak tiba2.. :)

isare August 27, 2010 at 8:12 PM  

hehe..aku pun tunggu nak apply KPLI lagi sekali..haha..last tme xlepas interbiu.. kali nak buat yg tahap gaban punya terbaik, supaya aku leh kembali ke SK Kawiyan. Xpun, di serap ke dalam jawatan tetap sebagai FS. mana2 pun ok, asalkan di Kawiyan :D

Borneolady16 October 12, 2010 at 6:49 PM  

haha hebat yang kekatak tu..mo tekeluar air liur sa membaca..

isare October 13, 2010 at 12:07 AM  

abis la basah keyboard kalau gitu..palan2 bos..hihii

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP